Sunday, March 2, 2008

Dispute On Spratley Island

Pengenalan

Kepulauan Spratley merupakan sebuah pulau yang terkenal yang terletak di kawasan atau perairan Laut Cina Selatan. Orang barat lebih mengenali Pulai ini sebagai ”Spratley Island”. Orang cina pula menggelar pulau ini sebagai ”Nansha Qundao”.[1] Kepulauan ini terletak di kawasan sekitar dan perairan Laut Cina Selatan. Menurut laporan, terdapat lebih daripada 100 buah pulau kecil yang berhampiran dengannya. Selain daripada itu pulau ini juga kaya dengan sumber-sumber asli dan bahan mentah selain kaya dengan khazanah alam yang bernilai tinggi dipasaran dunia. Sumber-sumber yang dimaksudkan adalah seperti ikan serta hidupan laut yang wujud di kawasan sekitar perairan pulau tersebut. Selain itu, juga wujud beberapah sumber lain seperti guano dan sebagainya. Menurut sebuah laporan yang dikeluarkan oleh “The Geology and Mineral Resources Ministry of PRC ( Peoples Republic of China )”, badan tersebut telah menjumpai atau menemukan suatu penemuan yang menjadikan pulau tersebut menjadi lebih panas dan menjadi rebutan ialah wujudnya sumber gas asli dan minyak dikawasan sekitar pulau tersebut. Badan tersebut menganggarkan bahawa wujud lebih kurang 17.7 bilion tan minyak dan gas asli dipulau itu[2]. Ini merupakan suatu penemuan dan nilai rizab minyak dan gas asli yang sangat banyak. Ini kerana, jika dibandingkan dengan rizab atau simpanan yang wujud di negara keempat terbesar yang mempunyai nilai simpanan gas asli dan minyak, ianya lebih banyak daripada sumber minyak dan gas yang ada di negara tersebut iaitu negara Kuwait sebanyak 13 bilion tan.[3]

Ada pendapat yang mengatakan bahawa atas sebab penemuan ini jugalah yang menjadi salah satu sebab kenapa wujud dan terjadinya beberapah perbalahan atas pemilikan pulau dan pertikaian tentang pulau tersebut.

Selain daripada itu, menurut laporan daripada badan yang mengkaji tentang pulau tersebut, tidak wujud kawasan atau tanah yang sesuai kegiatan pertanian atau ”arable land” dikawasan tersebut.[4] Selain itu, di kepulauan Spratley juga tidak wujud penduduk asal atau orang asli/tempatan yang ditemui melalui sejarah yang menetap dikawasan tersebut.[5]

Dari segi geografi dan pembangunan ekonomi atau kegiatan ekonomi di kepulauan tersebut ianya terbahagi mengikut kawasan dan sekitar atau ’part’ yang telah ditetapkan oleh undang-undang antarabangsa. Menurut laporan juga, kawasan tanah atau ’arable land’ di kepulauan tersebut tidak melebihi 5km persegi. Dari segi pembahagian sempadan politik atau ’political divisions’, terdapat beberapah negara yang terlibat atau mempunyai hak bagi sesetengah kawasan dipulau tersebut mengikut perjanjian atau undang-undang yang ditetapkan oleh badan undang-undang antarabangsa. Antara negara yang mempunyai kawasan atau ’political divisions’ di pulau tersebut ialah seperti Malaysia (Sabah), Filipina (Palawan), Peoples Republic of China ( Hainan ), Vietnam (Khanh Hoa) dan Republic of China or Taiwan (Kaohsiung)[6].

Selain daripada itu, aktiviti penagkapan ikan dikawasan perairan kepulauan ini juga sangat aktif. Ini kerana pulau ini kaya dengan sumber dan hidupan lautnya. Kebanyakan pertelingkahan kepulauan ini juga di sebabkan oleh tuntutan untuk zon-zon atau kawasan penangkapan ikan atau ”fishing zone”.[7]

Walaupun begitu, menurut laporan daripada “The Geology and Mineral Resources Ministry of PRC ( Peoples Republic of China )”, iaitu “ this region is largely unexplored and there are no reliable estimates of potential reserves totally”.[8] Ini bermaksud, semua laporan yang dikeluarkan oleh badan itu masih belum secara mutlak kerana kebanyakan kawasan disekitar tersebut masih belum diteroka. Ini menunjukkan bahawa masih banyak lagi sumber yang bakal diperolehi dan ditemui kawasan tersebut pada masa akan datang. Ternyata kawasan kepulauan tersebut sangat kaya dengan sumber dan bahan asli.

Selain tersebut juga terdapat beberapah kesukaran di kepulauan tersebut seperti tidak wujud sebarang atau sebuah pelabuhan pun dikawasan kepulauan tersebut. Hanya ada 4 buah lapangan atau terminal kapal terbang di pulau itu.

Kepentingan dan Keistimewaan Pulau Spratley

Setelah meniliti dan mengkaji tentang pengenalan dan sejarah kepulauan Spratley, sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa kepulauan itu memang mempunyai nilai komersil yang tinggi selain mempunyai nilai sumber bahan mentah yang tidak terkira nilainya. Justeru, wajar atau tidak hairanlah banyak negara bangsa pada hari ini tampil kehadapan dengan pelbagai hujah (argument) yang mengaitkan sejarah dan latar belakang negara bangsa itu dengan ’kepulauan emas’ ini. Bagi pengkaji, nilai atau faktor ekonomi adalah merupakan faktor penyumbang utama kepada pertelingkahan serta tuntutan kebanyakan negara bangsa hari ini untuk menuntut kebanyakan atau sebahagian kepulauan itu. Ini jelas melalui satu artikel yang ditulis oleh seorang cendikiawan antarabangsa iaitu ” The second indication that the Spratley Islands were more than merely a hazard to shipping was in 1968 when oil was discovered in the region”[9], ini ditambah pula dengan penemuan secara saintifik oleh sebuah badan iaitu ”The Geology and Mineral Ministry of The PRC” yang mengumumkan bahawa Kepulauan Spratley ini mempunyai nilai atau anggaran simpanan (deposit) minyak dan gas asli yang banyak. Menurut sebuah sebuah artikel iaitu ”The Geology and Mineral Ministry of The PRC has estimated that the Spratley area holds oil and natural gas reserves of 17.7 billion tons (1.60×1010 kg), as compared to the 13 billion tons (1.17×1010 kg) held by Kuwait, placing it as the fourth largest reserve bed in the world”.[10] Kenyataan yang dikeluarkan oleh badan ini sebenarnya masih belum secara mutlak kerana menurut badan ini juga, masih banyak tempat atau pulau-pulau kecil lain yang berada dibawah Kepulauan Spratley yang belum diteroka atau dikaji secara terperinci. Kenyataan secara terperinci yang diumumkan oleh badan ini terbukti menunjukkan bahawa kepulauan ini sememangnya mempunyai nilai dan harga disamping mempunyai nilai deposit atau simpanan bahan mentah dan sumber yang banyak.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh badan itu sebenarnya telah menarik lebih banyak perhatian khususnya negara-negara terlibat yang mahu menuntut sebahagian kepulauan itu. Ini menyebabkan situasi atau perbalahan serta pertikaian ke atas pulau tersebut semakin meruncing.

Selain daripada itu, kepulauan ini juga memainkan peranan yang sangat penting dan sangat produktif dalam sektor perikanan iaitu penangkapan ikan secara komersil. Ini juga merupakan pendorong kepada pertikaian dan tuntutan kepada pulau ini. Menurut sebuah artikel, Laut Cina Selatan yang merangkumi Kepulauan Spratley ini menyumbang lebih kurang 8%-10% dari segi penangkapan ikan didunia.[11] Nilai ini merupakan satu anggaran yang belum jelas dan masih boleh dipertikaikan. Namun ianya sedikit sebanyak telah meyumbang kepada faktor penuntutan negara bangsa ke atas kepulauan ini khususnya dari aspek zon penangkapan ikan (fishing zone).

Sebagai tambahan, kepulauan ini juga merupakan sebuah rantau yang sangat sibuk didunia khususnya di sektor perkapalan. Ini terbukti iaitu pada sekitar tahun 1980-an, terdapat sekurang-kurangnya 270 kapal yang merentasi kepulauan ini pada setiap hari.[12] Kadar ini meningkat pada hari ini yang mana menurut laporan bahawa separuh daripada kapal tangki besar (World’s Supertanker) di dunia yang melalui perairan kepulauan ini pada setiap hari.[13] Dengan ini jelaslah bahawa kepulauan Spratley ini sememangnya mempunyai nilai komersil yang tidak ternilai harganya dan ini menjadi suatu keistimewaan dan kepentingan bagi kepulauan ini yang menjadi tarikan kepada banyak negara bangsa pada hari ini untuk menuntut sebahagian kepulauan ini.

Perbalahan Politik di Kepulauan Spratley ( Political Dispute )

Justeru itu, dengan fakta serta data dan maklumat yang terperinci berkenaan kepulauan ini, maka tidak hairanlah jika sesebuah negara tertentu berani tampil kehadapan dengan membawa pelbagai hujah yang merangkumi sejarah, latar belakang, budaya dan sebagainya dengan hasrat untuk menuntut hak ke atas sebahagian pulau-pulau tertentu. Menurut pandangan kebanyakan ahli cendikiawan, faktor ekonomi merupakan faktor utama kepada munculnya pelbagai tuntutan ke atas ”region” ini. Ini menyebabkan pelbagai tuntutan dan menyebabkan wujudnya perbalahan dikalangan negara bangsa. Namun begitu, PRC ”People’s Republic of China”, telah menafikan bahawa mereka tidak mempunyai sebarang niat dari aspek ekonomi seperti yang didakwa oleh kebanyakan negara bahawa tuntutan PRC ke atas pulau itu adalah bertujuan untuk memonopoli sumber yang ada di pulau tersebut semata-mata.[14] Sebaliknya, PRC menyatakan bahawa tuntutan mereka ke atas pulau itu adalah atas dasar keselamatan atau dengan kata lain tujuan ”pengawasan”.[15] Sebagai contoh, Pulau Mischief (Mischief Reef), merupakan sebuah pulau yang paling strategik dan ideal untuk tujuan pengawasan tadi dengan memerhati pengembaraan atau lalu lintas kapal-kapal tentera laut Amerika Syraikat yang sering melalui atau merentasi barat perairan Filipina.[16] Ini merupakan hujah atau sebab utama yang mendorong PRC untuk menuntut sebahagian pulau di Kepulauan Spratley ini menurut kerajaan ini (PRC). Selain itu, PRC juga mengeluarkan hujah dengan mengatakan bahawa tuntutan mereka ke atas pulau itu adalah untuk memerhatikan Taiwan (ROC) secara bertentangan selain daripada mengekalkan kuasa hegemoni mereka ke atas Taiwan pada masa itu.[17]

Selain daripada itu, pada tahun 1974, Vietnam Selatan telah memberi kebenaran kepada sebuah syarikat minyak barat untuk meneroka sebuah pulau iaitu Paracel Island. Tindakan Vietnam Selatan ini menyebabkan muncul rasa tidak puas hati oleh pihak PRC

Pada tahun 1988 pula, China pada masa yang sama telah menambah 6 lagi pulau kecil (reefs) di sekitar perairan Spratley. Walaupun begitu, pulau tersebut masih berada dibawah kelolaan Vietnam. Pada 10 April 1983, terdapat satu lagi insiden atau kejadian yang insiden tersebut telah melibatkan beberapah kapal awam (civilian Vessel) German dan beberapah insiden kebakaran perahu layar German yang terbakar pada masa tersebut.[18] Namun begitu, tidak ada sebarang pihak pun yang berani tampil kehadapan sekaligus bertanggungjawab atas kejadian tersebut. Kejadian atau insiden ini sebenarnya telah mencetus pelbagai kemungkinan dan mengeruhkan lagi keadaan atau kestabilan politik yang melibatkan rantau tersebut.

Dalam hal lain pula, kebimbangan kebanyakan negara yang mempunyai kepentingan ke atas kepulauan ini menjadi semakin meruncing khususnya berkenaan kes pencerobohan yang melibatkan kapal asing yang menelusuri masuk ke perairan sekaligus mengeksploitasi sumber alam di kawasan perairan tersebut. Justeru, United Nation (UN) sebagai sebuah badan antarabangsa yang bertanggungjawab untuk menyelesaikan isu ini telah bercadang supaya ’United Nation Convention On The Law Of the Sea’ (UNCLOS), mengambil inesiatif untuk menyelesaikan perkaran ini mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh badan itu[19]. Hasilnya, UNCLOS telah memutuskan bahawa ’Coastel State’ boleh menuntut sebahagian pulau berkenaan dengan syarat hanya merangkumi 200 batu nautika dan bakal berada di bawah bidang kuasa mereka.[20]

Namun, terdapat beberapah andaian yang mengatakan secara teknikalnya, idea ini gagal mendapat penyelesaian secara total kerana masalah untuk menghakimi pertindihan tuntutan tersebut.

Tuntutan China (PRC) ke atas Kepulauan Spratley.

Tuntutan negara bangsa China ke atas kebanyakan kepulauan kecil (reefs) di Spratley adalah berdasarkan ”Historical Grounds” dan ”Geographical”.[21] Ini bermaksud kebanyakan tuntutan yang dibuat oleh China berdasarkan atau pun menggunakan hujah sejarah dan juga keadaan geografinya sebagai bukti tuntutan mereka ke atas kepulauan di Spratley. Antaranya, menurut Sejarah China, Spratley merupakan salah satu kawasan geografi yang paling penting kepada China semenjak 2000 tahun yang lalu[22]. Selain itu, terdapat bukti lain yang mengaitkan kepulauan ini dengan ketamadunan awal negara bangsa ini iaitu semenjak 1930-an lagi, nelayan-nelayan Cina sudah mula berada diatas atau di sekitar kepulauan Spratley ini. Ini terbukti apabila orang-orang Perancis hanya menemui orang-orang Cina (nelayan) sahaja yang berada di kawasan sekitar kepulauan Spratley untuk tujuan penangkapan ikan pada masa itu.[23] Ini membuktikan bahawa sememangnya orang-orang Cina sudah lama menetap dan menggunakan kepulauan ini.

Selain daripada itu, dari segi sejarah pemilikan kepulauan ini, China juga mengumumkan bahawa kebanyakan rekod, data dan peta rasmi yang bertarikh pada zaman Dinasti Han, Dinasti Yuan dan Dinasti Qing telah menulis dan menyatakan secara rasmi bahawa Kepulauan Spratley ini termasuk dan termaktub dalam wilayah China pada masa dan sejak zaman dinasti lagi.[24] Selain daripada itu, ”China also claimed these areas more as protectorates rather than as a true part of China since they still had their own kingdoms and government”[25] Dengan ini jelaslah bahawa kebanyakan tuntutan yang dibuat oleh China sememangnya berdasarkan ‘Prinsipal of Historical Grounds and Geograpical’. Oleh yang demikian, China (PRC) kini telah berjaya menduduki 3 buah terumbu (reefs) di Kepulauan Spratley iaitu Loisa Reef, Couterron Reef dan Fiery Cross Reef. Selain daripada itu, China sehingga hari ini masih dalam usaha untuk menuntut beberapah buah pulau (terumbu) lagi di kepulauan tersebut.[26]

Tuntutan Vietnam ke atas Kepulauan Spratley

Seperti China, Vietnam juga membuat tuntutan mereka ke atas kepulauan Spratley juga berdasarkan ‘Prinsipal Of Historical Grounds and Geographical’. Ini kerana kepulauan tersebut juga mempunyai ciri-ciri sama seperti China. Menurut satu artikel iaitu ”Ancient Vietnamese geographical maps record Bai Cat Vang ( Golden Sandbanks, reffering to Spratley Islands ) as Vietnamese territory as early as the 17th Century” [27]. Maksudnya, menurut peta geografi orang-orang Vietnam, rekod Bai Cat Vang (Spratley Islands) mengatakan bahawa kepulauan Spratley ini termasuk dalam dalam wilayah Vietnam semenjak awal abad ke-17 lagi. Menurut mereka juga, ‘Truong Sa’ juga merupakan sebuah pulau (terumbu) yang termasuk dalam wilayah Vietnam berdasarkan peta dunia.[28]

Selain daripada itu, Vietnam juga banyak menguruskan pelbagai urusan geografi dan tinjauan ke atas sumber-sumber yang terdapat di kepulauan tersebut. Hujah dan informasi ini juga termasuk dalam kebanyakan buku sastera dan buku sejarah Vietnam. Selain daripada itu, kebanyakan tuntutan dan hujah yang dikeluarkan oleh Vietnam dalam usahanya untuk menuntut pulau disekitar Kepulauan Spratley di sokong penuh oleh Perancis. Ini terbukti, apabila Perancis mahu atau mewakili Vietnam dalam ’International Affairs’ untuk menuntuthak dan kedaulatannya ke atas Kepulauan Spratley melalui ’Treaty Nguyen Dynasty’[29].

Pada persidangan ’San Francisco Conference’ pada Julai 1951, Ketua kerajaan iaitu Bao Dai pergi ke delegasi tersebut. Delegasi tersebut yang diadakan bersama-sama wakil negara lain seperti Jepun. Pada deklarasi tersebut, keputusan diumumkan bahawa Hoang Sa dan Truong Sa kini menjadi milik Vietnam secara rasmi. Deklarasi tersebut yang telah dihadiri oleh lebih kurang 51 wakil dari kebanyakan negara lain. Pemilikan Vietnam ke atas dua pulau tersebut menjadikan Vietnam kini menduduki atau mempunyai hak secara rasmi ke atas Kebanyakan terumbu di Kepulauan Spratley iaitu lebih kurang 31 buah pulau kecil.[30]

Tuntutan Taiwan (ROC) ke atas Kepulauan Spratley

Sehingga kini, Taiwan telah menduduki beberapah terumbu di Kepulauan Spratley antaranya Itu-Aba Reefs.[31] Terdapat beberapah negara lain yang juga berusaha menuntut kepulauan tersebut. Antaranya Malaysia (Sabah), Filipina (Palawan), China (Hainan), Vietnam (Khanh Hoa).[32]

Seperti tuntutan oleh kebanyakan negara lain, Taiwan juga membuat tuntutan dengan berdasar ’Prinsipal of Historical Grounds and Geographical’. Namun begitu, Pulau ini sukar untuk membuat tuntutan dan juga pulau yang berjaya di tuntut secara rasmi adalah kurang jika dibandingkan dengan negara penuntut lain. Memandangkan sejarah lalu yang mengatakan bahawa Taiwan adalah sebahagian daripada PRC (China), maka, ini telah memberi kelebihan kepada Negara China. Sebaliknya, Tuntutan Taiwan menjadi sukar.

Tuntutan Filipina ke atas Kepulauan Spratley.

Filipina buat pertama kalinya menuntut atau menyatakan tuntutan mereka ke atas Kepulauan Spratley adalah pada tahun 1946 melalui United Nation General Assembly (UNGA)[33]. Selain itu, pada tahun 1956 juga terdapat satu isu atau tuntutan ke atas sebahagian pulau di kepualauan tersebut. Contohnya, pada May 1956, Tomas Cloma (ahli perniagaan terkenal), mengumumkan yang mereka telah menemui dan menjumpai sebuah kawasan atau negeri baru iaitu Kalayaan (sebuah terumbu atau pulau kecil di Kepulauan Sparatley)[34]. Selepas penemuan itu, pada tahun yang sama juga, Cloma kemudiannya telah mengistiharkan dan menubuhkan sebuah wilayah kecil (protectotare) dengan menjadikan Itu-Aba Reefs sebagai ibu negeri dan Cloma sebagai Pengerusi Majlis Tertinggi Wilayah Kalayaan[35]. Namun begitu, pengistiharan atau tindakan Cloma ini tidak mendapat sokongan penuh khususnya daripada kerajaan Filipina sendiri. Selain itu, tindakan ini juga mendapat tentangan hebat daripada negara lain seperti Taiwan, China, Selatan Vietnam, Perancis, Britain dan Belanda[36]. Oleh yang demikian, Cloma terpaksa ke New York untuk membuat rayuan ke atas tuntutan tersebut. Ini kerana, Cloma takut tindakannya itu (pengistiharan) akan menyebabkan United Nation (UN) dan Filipina akan meletakkan tentera mereka di kawasan tersebut (Kalayaan).

Selain itu, Itu-Aba sehingga tahun 1971 telah diduduki oleh tentera Taiwan (ROC). Oleh itu, pada tahun 1971, Filipina sebagai wakil kepada Cloma telah menghantar utusan diplomatik berbentuk lisan ke atas Taiwan dengan tujuan mengharapkan Taiwan mengundurkan tentera mereka dari Itu-Aba[37]. Pada April 1972, Kalayaan secara rasmi telah terbentuk dalam Province Of Palawan dan diuruskan sebagai sebuah wilayah atau ’single Township’ yang mana wilayah ini dipengerusikan oleh Tomas Cloma sebagai ”Toen Council Chairman” [38].

Selain daripada isu Tomas Cloam, terdapat bentuk tuntutan lain yang wujud di Filipina ini ke atas Kepulauan Spratley. Antaranya, pada tahun 1977, Filipina dalam usahanya untuk meletakkan tenteranya di Itu-Aba Reef, namun mendapat tentangan yang keras daripada kerajaan Taiwan.

Selain daripada menggunakan ’Historical Grounds dan Geographical’ sebagai prinsip dalam tuntutan ke atas Kepulauan Spratley, Filipina juga menggunakan kelebihannya sebagai sebuah negara kepulauan. Oleh itu, berdasarkan Prinsipal of Archipelagical Baselines/State, yang mengatakan bahawa negara Filipina sebagai sebuah negara berkepulauan ini menjadikan tuntutan mereka sangat kukuh berbanding negara penuntut lain seperti China dan Taiwan[39].

Tuntutan Malaysia ke atas Kepulauan Spratley

Malaysia tidak seperti negara penuntut lain, ini kerana Malaysia tidak mempunyai sebarang rekod rasmi dan data sebagai bukti tuntutannya ke atas Kepulauan Spratley seperti negara lain. Tuntutan malaysia ke atas kepulauan itu sebaliknya menggunakan prinsip ”Continental Shelf” dalam usahanya menuntut sebahagian kepulauan Spratley tersebut.[40] Prinsip ini membawa bersama undang-undang yang telah ditetapkan oleh UNCLOS semasa perundingan pada tahun 1982 yang mana wujud kawasan EEZ (Exclusive Economic Zone) dalam persidangan tersebut[41]. Berdasarkan prinsip ini iaitu tuntutan Malaysia ke atas terumbu yang berada di bawah zon (EEZ) mereka.

Justeru, Malaysia dengan berdasarkan prinsip ini, berusaha untuk membuat tuntutan ke atas beberapah buah terumbu di kawasan yang berpotensi yang layak di tuntut. Kini, Malaysia berjaya menduduki empat terumbu (reefs) di sekitar kawasan Kepulauan Spratley. Antaranya, Terumbu Layang-Layang, Terumbu Laya, Terumbu Mentani dan Terumbu Perahu[42].

Namun begitu, tuntutan Malaysia ke atas pulau ini adalah terhad dan terbatas (Limitations). Ini kerana, tuntutan Malaysia ke atas pulau tersebut tidak mendapat atau tidak mempunyai sokongan dan peruntukan berdasarkan undang-undang antarabangsa. Menurut undang-undang antarabangsa, terdapat 5 prinsip atau Baselines yang boleh diguna pakai khususnya dalam tuntutan ke atas kepulauan ini. Antaranya ialah, Occupation Prinsipal (pendudukan/rampasan kawasan), Cession (perpindahan dan pertukaran hak dan kedaulatan), Conquet (penaklukan), Prescription (sesuatu yang ditentukan seperti dalam Occupation Base) dan Accretion (pertumbuhan atau penambahan sesuatu kawasan atau juga formasi)[43]. Dalam kesemua faktor ini, Malaysia hanya boleh memakai beberapah prinsip sahaja yang boleh diguna pakai sebagai prinsip dalam tuntutan mereka ke atas terumbu di Kepulauan Spratley. Berbanding negara penuntut yang lain yang lebih fleksibel dan boleh menggunakan lebih banyak prinsip. Ini menyebabkan Malaysia tidak berjaya menduduki atau menuntut lebih banyak terumbu di kepulauan tersebut.

Tuntutan Brunei ke atas Kepulauan Spratley.

Brunei juga merupakan salah sebuah negara yang menuntut sebahagian pulau (terumbu) di Kepulauan Spratley ini. Namun tuntutan Brunei tidaklah seperti tuntutan yang dibuat oleh negara penuntut lain. Tuntutan Brunei adalah pada tahun 1984 tidak secara rasmi yang mana Brunei tidak menuntut sebahagian pulau di Kepulauan Spratley untuk tujuan lain. Sebaliknya, Brunei hanya membuat tuntutan ke atas sebahagian Louisa Reffs berdasarkan atau dengan mengaplikasikan undang-undang yang sudah termaktub dalam undang-undang antarabangsa iaitu EEZ zon[44]. Tuntutan ke atas EEZ di kepulauan ini hanya untuk tujuan penangkapan ikan secara komersil (fishing zone). Namun begitu, tuntutan Brunei tidak secara terbuka atau secara rasmi.

Claimant

Island occupied presently

Also claimed by

China

Loisa Reef

Couterron Reef

Fiery Cross Reff

Vietnam, Malaysia, Taiwan

Vietnam, Taiwan, Philippines

Vietnam, Taiwan, Philippines

Taiwan

Taiping ( Itu Aba)

Vietnam, China, Philippines

Vietnam

Truong Sa (Spratley)

Central Londan Reefs

An Bang (Amboyna Cay)

Hon Sap (Pearson Reff)

Sinh Tonh (Sin Caew)

Nam Yet

Song Tu Tay (Southwest Cay)

China , Taiwan

China, Taiwan, Philippines

China, Taiwan, Philiipines, Mas

China, Philippines, Taiwan

China, Taiwan, Philippines

China, Taiwan, Philippines

China, Taiwan, Philippines

The Philippines

Rizal Reef

Lawak (Nanshan)

Patang (Flat)

Likas (New York)

Panata

Kota

Pang-Asa (Thitu)

Parola (Northeast Cay)

China, Taiwan, Vietnam, Mas

China, Taiwan, Vietnam

China, Taiwan, Vietnam

China, Taiwan, Vietnam

China, Taiwan, Vietnam

China, Taiwan, Vietnam

China, Taiwan, Vietnam

China, Taiwan, Vietnam

Malaysia

Terumbu Layang-Layang

Terumba Laya

Terumbu Mentani

Terumbu Perahu

China, Taiwan, Vietnam

China, Taiwan, Vietnam

China, Taiwan, Vietnam, Philippine.

China, Taiwan, Vietnam, Philippines.

Senarai Pulau/terumbu (reefs) yang diduduki secara rasmi dan negara penuntut.

Sumber ; diperolehi daripada Catley, Robert. 1997. “The Dispute in The South China

Sea” hlmn 73.

KESIMPULAN

Secara umumnya, terdapat enam negara yang aktif dalam membuat tuntutan khususnya ke atas Kepulauan Spratley dan secara rasmi juga terdapat lima negara yang kini secara rasmi menduduki sebahagian Kepulauan ini tidak termasuk Negara Brunei yang hanya membuat tuntutan ke atas kawasan penigkapan ikan komersil secara tidak rasmi. Namun begitu, masih terdapat tuntutan secara berterusan dan konsisten yang mana aktor negara ini masih atau dalam usaha untuk mencari jalan untuk mendapatkan sebahagian pulau (reefs) yang dianggap mempunyai kaitan atau kepentingan bagi pelaku tersebut.

Walaupun terdapat pelbagai cara yang digunakan khususnya oleh negara bangsa ini untuk menuntut hak sama ada secara bilateral mahupun multilateral atau juga melibatkan badan regional tertentu seperti ARF (Asean Regional Forum) dan sebagainya, namun keputusan yang dibuat khususnya oleh badan antarabangsa seperti UNCLOS dan sebagainya juga tetap dihormati dan kebanyakan negara penuntut khususnya akur dengan keputusan itu.

Secara kesimpulannya, terdapat beberapah sebab yang menjadi faktor pencetus kepada pelbagai bentuk tuntutan khususnya di kawasan regional ini (Spratley Island). Antaranya ialah factor ekonomi yang merangkumi tujuan mengeksploitasi sumber bahan mentah dan sumber asli seperti minyak dan gas asli. Ini merupakan faktor utama kepada negara banga hari ini berlumba-lumba untuk menuntut hak dan kedaulatan ke atas pulau tersebut. Selain daripada itu, ada pendapat yang mengatakan bahawa faktor keselamatan juga menjadi faktor kepada tuntutan ini. Ini kerana, kawasan regional ini merupakan sebuah kawasan atau lokasi yang paling strategik dan sesuai untuk tujuan pengawasan kawasan sempadan dan sebagainya khususnya bagi mengawal kemasukan musuh dan penjagaan kawasan sempadan negara bangsa tersebut. Ini juga merupakan tujuan tuntutan yang dianggap penting.

Justeru, dengan mengambil kira faktor tersebut, maka berbaloi bagi sesebuah negara menuntut sebahagian pulau yang dianggap bakal membawa kebaikan dan kelebihan kepada negara penuntut.

Rujukan

Bahan bercetak ( buku )

Ø Catley, Robert. 1997. “The Dispute in The South China Sea

Ø Ji, Guoxing. 1992. “The Spratlys disputes and prospects for settlement”

Ø Mohd Zakaria Yadi. 1998. “The Spratlys disputes : resolution by means of international law”

Ø Mohamad Shuairi Abdullah. 1998. “Spratly Island disputes - Philippines perspectives”

Sumber Elektronik ( Internet ).

Ø http//Wikipedia.com.my/Dispute On Spratley Island.

ISU PERTELINGKAHAN SEMPADAN ; KEPULAUAN SPRATLEY

NAMA ; ANDIKA B AB WAHAB

NO MATRIK ; AEA 050022

TAJUK KURSUS ; KESELAMATAN ANTARABANGSA

KOD KURSUS ; AUEA 3102

PENSYARAH ; K.BALAKRISHNAN

JABATAN HUBUNGAN ANTARABANGSA & STRATEGIK

FAKULTI SASTERA DAN SAINS SOSIAL

UNIVERSITI MALAYA



[1] Catley, Robert. 1997. “The Dispute in The South China Sea” hlmn 12.

[2] Ibid, hlmn 13

[3] Ibid, hlmn 13

[4] http//Wikipedia.com.my/Dispute On Spratley Island.

[5] Ibid,

[6] Catley, Robert. 1997. “The Dispute in The South China Sea” hlmn 10-11

[7] http//Wikipedia.com.my/Dispute On Spratley Island.

[8]Catley, Robert. 1997. “The Dispute in The South China Sea” hlmn 13

[9] Catley, Robert. 1997. “The Dispute in The South China Sea” hlmn 15

[10] Ibid, hlmn 12-13

[11] Catley, Robert. 1997. “The Dispute in The South China Sea” hlmn 13

[12] Ibid, hlmn 14.

[13] Catley, Robert. 1997. “The Dispute in The South China Sea” hlmn 14

[14] Ji, Guoxing. 1992. “The Spratlys disputes and prospects for settlement” hlmn 22.

[15] Ji, Guoxing. 1992. “The Spratlys disputes and prospects for settlement” hlmn 22-23

[16] Ibid, hlmn 23.

[17] Ibid, hlmn 24

[18] Catley, Robert. 1997. “The Dispute in The South China Sea” hlmn 26.

[19] Mohd Zakaria Yadi. 1998. “The Spratlys disputes : resolution by means of international law” hlmn 40.

[20] Ibid, hlmn 41.

[21] Catley, Robert. 1997. “The Dispute in The South China Sea” hlmn 38.

[22] Ibid 39-40.

[23] Ibid, 40

[24] Ibid.

[25] Catley, Robert. 1997. “The Dispute in The South China Sea” hlmn 41

[26] Ibid, hlmn 42-43.

[27]http//Wikipedia.com.my/Dispute On Spratley Island.

[28] Ibid.

[29] http//Wikipedia.com.my/Dispute On Spratley Island.

[30] Ibid.

[31] Catley, Robert. 1997. “The Dispute in The South China Sea” hlmn 51

[32] Ibid.

[33] Mohamad Shuairi Abdullah. 1998. “Spratly Island disputes - Philippines perspectives” hlmn 24.

[34] Mohamad Shuairi Abdullah. 1998. “Spratly Island disputes - Philippines perspectives” hlmn 25-26

[35] Ibid.

[36] Ibid, hlmn 27.

[37] Ibid, hlmn 27-28.

[38] Ibid.

[39] Mohamad Shuairi Abdullah. 1998. “Spratly Island disputes - Philippines perspectives” hlmn 27.

[40] Catley, Robert. 1997. “The Dispute in The South China Sea” hlmn 69.

[41] Catley, Robert. 1997. “The Dispute in The South China Sea” hlmn 70

[42] Ibid 78.

[43] Mohd Zakaria Yadi. 1998. “The Spratlys disputes : resolution by means of international law” hlmn 68-69

[44] Catley, Robert. 1997. “The Dispute in The South China Sea” hlmn 73.

No comments: