Sunday, March 2, 2008

Perdebatan undang-undang antarabangsa 2 elemen utama naturalist & positivist

Pengenalan

Undang-undang antarabangsa diperkenalkan selepas peristiwa keruntuhan Westphalia iaitu perang selama tiga puluh tahun di antara 2 kelompok agama kristian iaitu katolik dan protestant. Selepas kejatuhan Westphalia pada tahun 1648, undang-undang antarabangsa mula diperkenalkan. Namun, terdapat 2 konteks undang-undang antarabangsa yang dikenalpasti wujud semenjak dari peristiwa Westphalia iaitu undang-undang antarabangsa klasik dan undang-undang antarabangsa moden. Undang-undang antarabangsa klasik dikatakan bermula pada tahun 1648 sehingga 1914 iaitu perang dunia pertama. Satu konteks undang-undang antarabangsa lagi ialah moden. Undang-undanag antarabangsa moden bermula pada tahun 1914-1918 iaitu tamatnya perang dunia pertama. Terdapat 2 aliran atau teori utama dalam undang-undang antarabangsa iaitu naturalis dan positivis. Kedua-dua teori ini mempunyai pro dan kontra masing-masing dalam mendefinisikan setiap aspek dalam undang-undang antarabangsa.

Sekolah Naturalis

Teori naturalis merupakan salah satu elemen yang penting dalam pembentukan undang-undang antarabangsa Terdapat beberapah ahli falsafaj yang tersohor yang aktif dan cenderung dalam mengetengahkan idea mereka berkenaan teori, elemen dan falsafah peundangan mereka. Antaranya ialah Hugo Grotius (1583-1645), Spaniards Vitoria (1486-1546), Suarez (1548-1617) dan Englishman Zouche (1590-1661). Selain daripada itu, elemen atau sekolah naturalis ini juga mencipta sejarah atau tradisinya yang tersendiri dan mengambil masa yang amat panjang sejak zaman Roman dan ianya diiktiraf sebagai “official philosophy” dan diterima semasa zaman Roman Chatolic Church.[1] Namun, sehingga hari ini, idea ini tidak diterima lagi oleh kebanyakan penduduk dunia khususnya masyarakat di luar Roman Chatolic Church.[2]

Berdasarkan teori sekolah naturalis ini, terdapat beberapah elemen utama yang mendokong idea ini dalam perundangan antarabangsa. Antara prinsip asas naturalis ialah ”hanya negara sahaja yang menjadi subjek kepada undang-undang antarabangsa”.[3]Maksudnya, hanya negara sahaja yang menjadi subjek utama dalam perundangan antarabangsa atau dalam kata lain, undang-undang antarabangsa hanya mengiktiraf negara sahaja sebagai subjek utama dalam perundangan antarabangsa dan entiti lain tidak dianggap sebagai subjek. Selain itu, terdapat andaian lain dalam teori naturalis iaitu menganggap semua negara adalah sama rata ”all state are equel”.[4] Selain daripada itu juga, terdapat satu lagi andaian yang mana kebanyakan cendikiawan naturalis ini bersetuju dengan andaian bahawa undang-undang antarabangsa dan undang-undang domestik adalah berada di dalam konteks dan bidang kuasa yang sama.[5] Andaian ini sebenarnya merupakan elemen yang diketengahkan oleh teori ”dualist” yang mengiktiraf bahawa undang-undang antarabangsa berada dalam landasan yang sama dengan undang-undang domestik. Selain daripada itu, ada pendapat yang mengatakan bahawa teori naturalis ini sesuatu yang samar-samar/kabur dan mempunyai pelbagai makna yang tersirat[6]. Teori naturalis ini juga boleh dibahagikan kepada 2 jenis atau bentuk iaitu ”descriptive” dan ”prescriptive”.[7] ”Descriptive” itu membawa maksud undang-undang antarabangsa ini merupakan subjektif dan masih boleh huraikan. Manakala ”prescriptive” pula membawa maksud objektif. Ada juga pendapat dan andaian yang mengatakan bahawa teori naturalis berkenaan undang-undang antarabangsa ini mempunyai kaitan dengan entiti politik dunia. Selain itu, ianya juga dikatakan sangan berkaitan dengan ”Civil laws”. Selain daripada itu, terdapat 2 jenis aliran pemikiran ’natural law’ ini iaitu aquinas

Hugo Grotius (1583-1645)

Hugo merupakan seorang cendikiawan dalam teori naturalis yang utama. Ini kerana beliau adalah pelopor kepada undang-undang antarabangsa.[8] Beliau berasal daripada keluarga yang sederhana. Beliau dilahirkan pada 10 April 1583 di Delft, di Holland Namun beliau merupakan seorang yang berpindidikan tinggi dan mempunyai cita-citi yang tinggi. Ini terbukti, ketika beliau berumur 8 tahun, beliau sudah mula menulis sajak yang berbentuk elegi dan emosi. Beliau juga pernah belajar di Fakulti Persuratan di University Of Leiden. Pada tahun 1598, ketika beliau berumur 15 tahun, beliau telah mengetuai Dutch Politican. Beliau merupakan seorang yang berpengetahuan sehingga kan pada zaman King Henry 4, raja tersebut menggelar beliau sebagai ”The Miracle Of Holland” kerana raja tersebut menganggap beliau sebagai seorang yang luar biasa, pintar dan berpengetahuan.[9] Beliau kemudiannya mendapat ijazah dalam Undang-Undang di University Of Orleans. In imerupakan sekidit maklumat berkenaan latar belakang beliau. Memang tidak dinafikan bahawa beliau mempunyai latar belakang yang sangat menarik dan sesuai dengan gelaran yang diberikan kepadanya iaitu ”The Miracle Of Holland”

Hugo Grotius pernah menulis bahawa teori naturalis ini menganggap bahawa natural law ini tetap akan wujud walaupun walaupun tuhan itu tidak pernah wujud dalam tulisannya iaitu ”natural law would still have existed even if God had not existed”[10]. Dalam pada itu, Grotius juga menganggap bahawa kewujudan ”natural law” dalam undang-undang antarabangsa ini sebagai tindak balas secara automatik akibat kahidupan natural manusia yakni manusia tinggal bersama-sama dalam satu masyarakat dan berkebolehan untuk saling memahami tentang peraturan dan keperluan kehidupan terus memelihara hubungan dikalanagan manusia dan masyarakat.[11] Untuk memahami pandangan Hugo, beliau telah menerangkan tentang 4 sudut pandangan utama belaiu berkenaan ’natural law’. Pertama ialah sumber undang-undang , kedua ’their nature or content’ secara semulajadi, ketiga ialah ’force and obligatory’ dan yang terakhir ialah ’scope’. Bagi sudut pandangan yang Hugo yang pertama iaitu ’sumber undang-undang’, banyak pandangan dan kritikan berkenaan kewujudan sumber undang-undang ini atau kewujudan sumber lain. Kenyataan ini jeals dalam kenyataannya ”Do they exist virtue of the nature of things or for some other reason”.[12] Justeru, bagaimana untuk menjawab persoalan itu adalah satu cabaran bagi Hugo sendiri dalam menerangkan tentang pandangannya. Grotius menjawab persoalan itu seperti ”What god has shown to be his will, that is low”.

Selain daripada itu, Hugo juga ada menghasilkan karyanya berkenaan pandangan beliau berkenaan ’natural law’. Antaranya, De Jure Praedae (Commentary On The Law Of Prize and Booty) dan De Jure Belliac Pacis (On The Law Of War and Peace) pada tahun 1625. Bagi karyanya De Jure Praedae (Commentary On The Law Of Prize and Booty), karya ini tidak diterbitkan sehingga pada abad ke-19. namun, bab 12 dalam karya ini telah diterbitkan secara berasingan. Bab 12 itu diterbitkan pada 1609 sebagai satu karya lain yang bertajuk ”Mare Liberum” atau (The Freedom Of The SEA). Karya ini membincangkan tentang hak sebuah negara dalam hal undang-undang laut yang merujuk kepada negara England, Sepanyol dan Portugis. Sudut pandangan terpenting dalam buku itu ialah pandangan berkenaan sesebuah negara yang berkuasa atas hak dan kebebasan tentang pergerakan dilaut dan ini sebenarnya boleh menghalang ’dutch’ daripada berlayar, Sebagai contoh di Hindia Timur. Selain itu, Grotius juga mengatakan bahawa kebebasan di laut juga merupakan kunci utama kepada perhubungan diantara manusia dan bangsa (masyarakat dunia)[13]. Selain itu juga, Grotius ada mengatakan tentang ”No one country can monopolize control over the oceas because of its immensity and lack of stability and fixed limits”[14]

Thomas Hobbes (1588-1679)

Thomas Hobbes di lahirkan pada 5 April 1588 dan meninggal dunia pada 4 December 1679. Thomas adalah salah seorang ahli falsafah berbangsa inggeris beliau merupakan ahli falsafah inggeris yang terkenal pada sekitar tahun 1651 berserta buku yang dihasilkan beliau iaitu ”Leviathan” .[15] beliau juga terkenal dalam bidang politik. Belaiu banyak menyumbang dalam mempelbagaikan kepakaran dan sumbangannya dalam tulisan berkenaan sejarah, geometri, teologi, ilmu kemanusiaan, falsafah umum, sains politik dan sebagainya. Beliau dilahirkan di Wiltshire, England pada 5 April 1588. beliau mendapat pendidikan awalnya ketika berusia 4 tahun di Westport Church kemudian menyambung pelajarannya ke Malmesbury dan seterusnya belajar di Oxford University.

Hobbes pada dasarnya tidak menerima idea atau pendapat ”Dualisme Cartes atau Cartesian Dualism” secara total. Sebaliknya, beliau lebih percaya akan prinsip ”mortality of the Soul”.[16] Selain daripada itu, Hobbes menolak penuh akan prinsip kebebasan keinginan dalam penentuan (determinism). Determinism ini membawa maksud ”Freedom as being able to do what one desires”. Selain daripada itu juga, Hobbes menolak akan pendapat dan prinsip ”Aristotelian & Scholastic”akademik atau dalam artikel yang dipetik ”philosophy in favour of the new philosophy of galileo & gassendi, which largely treats the world as matter in motion”.[17]

Sekolah Positivist

Undang-undang antarabngsa adalah satu badan peraturan norma-norma kebiasaan yang mengawal aktiviti-aktiviti di luar sempadan negara-negara. Menurut August(1994), undang-undang antarabangsa boleh dirujuk sebagai “ satu badan perundangan yang mempunyai prinsip dan tatacara praturan yang mana negara merasakan perlu untuk diikuti dan mengikutinya dalam melaksanakan hubungan antara satu sama lain”.[18]

Pada kurun ke-15 dan ke 16, pakar-pakar perundangan mula mengambil kira perkembangan komuniti dari negara-negara bebas berdaulat dan mereka cuba menulis mengenai pelbagai masalah perdagangan apabila menyedari bahawa perlunya satu badan peraturan untuk mengawasi beberapa aspek perhubungan di antara negara-negara ini. Apabila tiada adat terpakai, pakar-pakar perundangan terpaksa membuat membuat prinsip-prinsip yang difikirkan sesuai melalui perbandingan akal fikiran sendiri. Pakar-pakar ini bukan sahaja membuat prinsip-prinsip kepada undang-unang Roman yang telah menjadi bahan kajian di Eropah sejak akhir kurun ke 11 malah mereka juga telah merujuk kepada sejarah-sejarah terdahulu, teknologi, canon law, dan undang-undang alam. Dari sini muncul “law of nations”. Antara penulis terdahulu yang banyak memberi sumbangan kepada kemunculan law of nation adalah Victoria (1480-1546), Belli (1502-1575), Ayala (1548-1584), Brunus (1491-1563) dan Gentlis (1552-1608).[19]

Penulis undang-undang antarabangsa dahulu yang terkenal adalah cendekiawan, diplomat, dan pakar perundangan dari Belanda bernama Grotius (1583-1645). Tulisannya mempunyai pengaruh besar terhadap undang-undang antarabangsa. Belia telah merangka triti law of the war and peace ataupn De Jure belli ac pacis (1625). Triti ini boleh dikatakan penting bukan kerana ia komprehensif tetapi ia adalah tuisan pertama yang berjaya memberi ruang lingkup berkenaan dengan sains undang-undang antarabangsa moden.[20]

Kehadiran treaty of Westphalia yang berjaya mengakhiri peperangan 30 tahun, telah meneggelamkan Laws of Nations”, elemen adat kebiasaan dan peraturan baru berdasarkan logic pemikiran mula menjadi dasar kepada peraturan-peraturan yang ditetapkan. Antara penulis-penulis yang terkenal pada kurun ke 17 an 18 adalah Zouche (1590-1660), Pufendorf (1632-1694) dan Bynkershoek (1673-1743), Vattel, seorang diplomat dan pakar perundangan dari Swiss juga sangat berpengaruh malah lebih diterima daripada Grotius. Pada kurun ke 18 terdapat kecenderungan dikalangan pakar perundangan untuk menggunakan undang-undang antarabangsa berbanding adat dan triti. Pada ketika ini, law of nation atau akal haya diangap sebagai sumber kedua. Golongan yang memandang berat atau meletakkan penekanan kepada adat dan perjanjian dikenali seagaigolongan positivist.[21]

Sekolah positivism awal menekankan kepentingan adat dan triti sebagai sumber undang-undang antarabangsa. Para pemikir sekolah ini antaranya ialah Alberico Gendilis, seorang professor undang-undang sivil di Universiti Oxford yang menggunakan contoh-contoh dalam sejarah untuk menegas bahawa undang-undang positif jus voluntarium di tentukan melalui persetujuan umum. Satu lagi professor di Oxford, Richard Zouche menerbitkan pandangan pertama undang-undang antarabangsa pada tahun 1650.

Pada abad ke-18 , perundangan positivism menjadi popular dan merupakan sebahagian daripada falsafah perundangan antarabangsa. Ahli falsafah sekolah positif yang paling utama ialah Cornelius Van Bykersholk, satu penggubal undang-undang masyhur yang menekankan bahawa sumber undang-undang antarabangsa adalah adat dan triti yang dipersetujui ramai oleh negara-negara. Satu lagi ahli positivism, John Jacob Moser adalah penulis terkenal Jerman yang menekankan kepentingan amalan negara dalam undang-undang antarabangsa.

Ahli positivism zaman ini ialah George Fredish Von Martons menerbitkan panduan pertama yang sistematik berkenaan undang-undang antarabangsa, Percis De Droit Des Gens Modenis DelEurope.

Perkembangan nasionalisme dan falsafah Hegolia pada abad ke-19 menolak undang-undang alam semakin ke tepi daripada perundangan semasa. Undang-undang komersial dinasionalkan ke dalam undang-undang antarabangsa umum. Positivism menekankan kepentingan rasional lebih daripada nilai-nilai moral dan kelakuan. Kogres Viena pada tahun 1815 mengiktiraf system perundangan antarabangsa dan politik yang berdasarkan keadaan di Eropah pada masa itu.[22]

Naturalist dan positivist (Combination)

Dalam usaha untuk menggabungkan antara teori dan idea naturalis dan positivis, seorang cendikiawan terkenal iaitu Emerich Von Vattel (1714-1767) telah memainkan peranannya dalam menggabungkan kedua-dua teori ini. Menurutnya, beliau memberi penekanan kepada hak semulajadi sesebuah negara adalah berasal dari idea ”natural law”. Tetapi, beliau juga menyatakan bahawa negara juga hanya bertanggungjawab terhadap kepentingan negara sendiri (suara hati) untuk menjalankan atau melaksanakan apa yang telah ditetapkan oleh adat atau kewajipan yang terkandung dalam idea ”natural law”.

Kes Antarabangsa

1). Kes Nicaragua dan Hondorus

Kes ini merujuk kepada kes tuntutan beberapah pulau dikawasan sekitar atau berhampiran dengan kedua-dua negara tersebut. Kepulauan yang dituntut itu merangkumi 4 buah pulau iaitu Bobel Cay, Savanna Cay, Port Royal Cay dan South Cay dikawasn berhampiran dengan kepulauan ’Carribean’ di Amerika Utara. Negara Nicaragua dan Hondurus merupakan 2 buah negara yang merangkumi benua Amerika Utara. Jika diteliti secara kronologinya, pertelingkahan di antara 2 buah negara inu sudah bermula sejak pada tahun 1824, pada zaman penjajahan Sepanyol. Pada tahun 1824, 2 buah negara tersebut mendapat kebebasan atau kemerdekaan daripada penjajah Sepanyol dan sejak masa tersebutlah bermula pertelingkahan diantara 2 buah negara tersebut bagi menuntut beberapah pulau yang berhampiran bagi tujuan mengukuhkan kedaulatan mereka di kepulauan tersebut. Tuntutan tersebut masih belum mendapat keputusan sama ada Nicaragua atau Hondorus yang berhak atas kedaulatan kpulauan tersebut. Pada tahun 1900, kedua-dua negara yang bertelingkah membawa kes dan tuntutan ini untuk ditimbang tara oleh raja Sepanyol ketika itu untuk diadili. Pertelingkahan tersebut masih belum mendapat jalan penyelesaian sehingg membawa kepada tuntutan oleh 2 negara tersebut ke ICJ (International Court Of Justice) pada tahun 1960. Pada tahun 1999-2001, tuntutan tersebut sekali lagi diadili di ”The Central American Court Of Justice”. Namun, pertelingkahan masih menerima jalan buntu. Sekali lagi, pada tahun 1999, tuntutan ke atas 4 buah pulau tersebut di adili di ICJ sehinggalah pada hari ini.

Kebanyakan tuntutan oleh 2 negara tersbut terhadap kedaulatan 4 buah pulau itu dirujuk melalui akta dan undang-undang yang telah ditetapkan melalui UNCLOS (United Nations Convention Law Of The Sea). Merujuk kepada tuntutan oleh dua negara yang mana kedua-dua negara setuju bahawa pertikaian dan tuntutan tersebut bukan berdasarkan kepada prinsip ”terra nullius”(bermaksud ”uninhabited and unoccupied” wilayah). Prinsip ini diguna pakai atas sebab pencapaian kemerdekaan kedua-dua negara daripada Sepanyol pada tahun 1824. namun begitu, Hondurus menuntut bahawa mereka merupakan mempunyai hak secara semula jadi ke atas tuntutan beberapah pulau tersebut berdasarkan doktrin ”uti possidetis juris ”[23] Nicaragua sebaliknya mempertikaian isu tersebut dengan mengambil kira idea dan pendekatan mereka berdasarkan ”principle of adjacency”.[24]

Setelah banyak pertikaian dan banyak di adili dipelbagai peringkat, akhirnya kes ini berjaya diselesaikan dengan memberi hak mutlak kedaulatan kepada Hondurus terhadap 4 buah pulau yang dituntut tersebut. Empat pulau itu termasuk Bobel Cay, Savanna Cay, Port Royal Cay dan South Cay. Keputusan tersebut diputuskan pada 8 Oktober, 2007 oleh ICJ (International Court of Justice).

2). Kes riggs v. palmer and Heninngson v. bloomfield Motors.

Kes riggs v. palmer and Heninngson v. bloomfield Motors, Inc di mana ia merupakan kes “rule of law” iaitu kes yang wujud sebelum keputusan yang istimewa dibuat. The rule of law telah dikenalpasti oleh cara daripada undang-undang yang baik yang diiktiraf oleh golongan positivist. Hakim telah menggunakan undang-undang yang diikitiraf dan fakta daripada kes tersebut sebenarnya adalah keputusan yang bercanggah yang dibuat. Elmer palmer akan mendapat mewarisi harta denga lebih lancar daripada perbuatan jahatnya. Manakala Bloomfield Motors akan mendapat faedah daripada hasil yang tidak diduga dalam kontrak yang tertulis.

Respon umum Dworkins iaitu ia mungkin perlu dibangunkan peraturan seperti legal principle digunakan untuk menetapkan pihak yang benar dalam kes Riggs, prinsip seperti seseorang yang berkuasa iaitu tiada seseorang akan mendapat faedah daripada kesalahannya. Kenyataan ini dapat dikenalpasti melalui peraturan pada masa itu. Boleh disangkal, disebabkan terlalu banyak prinsip membenarkan principle yang disahkan untuk trump undang-undang yang sah. [25]

Kesimpulan

Sebagai kesimpulannya, sememangnya teori-teori dari sekolah naturalis dan positivis membawa impak dan kesan yang sangat mendalam kepada perkembangan undang-undang antarabangsa sehingga kini. Kalau dilihat secara rawak, kedus-dua sekolah mempunyai idea dan pemikiran yang berbeza diantara satu sama lain. Ada perkara yang dipersetujui oleh sekolah naturalis, manakala ada pula perkara yang tidak dipersetujui oleh pemikir sekolah positivis.

Walaubagaiamanapun, terdapat teori yang menggabungkan kedua-dua pemikiran sekolah ini seperti kombinasi idea 2 sekolah yang diutarakan oleh Emerich Von Vattel (1714-1767). Menurut beliau hak semulajadi sesebuah negara adalah berasal dari idea ”natural law”. Tetapi, beliau juga menyatakan bahawa negara juga hanya bertanggungjawab terhadap kepentingan negara sendiri (suara hati) untuk menjalankan atau melaksanakan apa yang telah ditetapkan oleh adat atau kewajipan yang terkandung dalam idea ”natural law”.

Berdasarkan perkara atau pertelingkahan antarabangsa sebenar, terdapat persoalan seolah-olah mempertikaikan hak dan kemutlakan undang-undang antarabangsa dalam menyelesaikan sesuatu pertelingkahan diperingkat antarabangsa. Berdasarkan beberapah kes, seperti Lotus Case, Palma Cases dan kes Nicaragua dan Hondurus, walaupun sesuatu keputusan itu diambil berdasarkan pencapaian dan kemutlakan undang-undang antarabangsa, namun ianya mengambil masa yang agak lama dan ada sesetengah kes itu melanggar norma-norma dalam ”rule of law’ dan sebagainya.

Bibliografi ;

Malanczuk, Peter. Akehurst’s Modern Introduction to International Law.

Edwards, Charles S. Hugo Grotius: The Miracle of Holland. Chicago, Illinois: Nelson Hall Press, 1981.

Sorrell, Tom, ed (1996) The Cambridge Companion to Hobbes (Cambridge University Press, Cambridge),

Ratnaria Wahid Pengantar Undang-undang Antarabangsa( 2005),penerbitan Universiti Utara Malaysia: Sintok, Kedah

Broden, Thomas Jr, Straw man of legal positivism’(1958-59)34 Notre dame lawyer

http//WWW.Wikipedia." The Historical Journal, vol. 45: 31–51. Akses pada 25 September2007.

http://www.asil.org/insights/2007.html. I.C.J. Reports”,. Akses pada 30 September 2007.



[1] Malanczuk, Peter. Akehurst’s Modern Introduction to International Law. Hlmn 15

[2] Ibid.

[3] Ibid.

[4] Ibid. hlmn 19

[5] Ibid.

[6]Ibid, hlmn 22

[7] Ibid.

[8] Ibid.

[9] http//WWW.Wikipedia." The Historical Journal, vol. 45: 31–51. Akses pada 25 September2007.

[10] Malanczuk, Peter. Akehurst’s Modern Introduction to International Law. Hlmn 16

[11] Ibid .

[12] Edwards, Charles S. Hugo Grotius: The Miracle of Holland. Chicago, Illinois: Nelson Hall Press, 1981. hlmn 24

[13] Edwards, Charles S. Hugo Grotius: The Miracle of Holland. Chicago, Illinois: Nelson Hall Press, 1981. hlmn 25.

[14] Ibid.

[15] Sorrell, Tom, ed (1996) The Cambridge Companion to Hobbes (Cambridge University Press, Cambridge), hlmn 29

[16] Ibid.

[17] Ibid, 33

[18] Ratnaria Wahid Pengantar Undang-undang Antarabangsa( 2005),penerbitan Universiti Utara Malaysia: Sintok, Kedah, hlmn 29

[19] Ibid, 33

[20] Ibid

[21]Ratnaria Wahid Pengantar Undang-undang Antarabangsa( 2005),penerbitan Universiti Utara Malaysia: Sintok, Kedah, hlmn 29

[22] Broden, Thomas Jr, Straw man of legal positivism’(1958-59)34 Notre dame lawyer,hlmn 230

[23] I.C.J. Reports”, http://www.asil.org/insights/2007.html. hlmn 54. Akses pada 27 September 2007.

[24] Ibid, 59

[25] 115 N.Y. 506, 22 N.E, 188(1889)

No comments: